Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, March 28, 2011

A.T.N.I.C ??




"Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum..
kerna hanya senyuman dapat membuat hari-hari gelap menjadi cerah... =) "




ya Allah!!
Jika telah datang kepada ku,
sorang insan yg mengetuk pintu hati ini..

sekiranya dia adalah jodohku,
yang terbaik buat ku..
yg telah Kau tetapkan buat ku sejak dari
dalam kandungan ibu lagi..

maka permudahkanlah urusan ku,
permudahkanlah urusan dia &
urusan kami berdua..

ya Allah..ya Rahman..ya Rahim..
lindungilah imanku ya Allah..
lindungilah iman dia ya Allah..
lindungilah iman kami berdua ya Alah..

ameeen..ya Robb~


Cinta...
"lahirnya dari dua hati..
Hadirnya tanpa dipaksa..
Karya indah Sang Pencipta..
Dimulakan di syurga..
Dirasukkan dalam jiwa Adam & Hawa..
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa..
Dengan kadar yang berbeza.."


notakaki :
"nape title ni A.T.N.I.C..??
ingatkan ade kaitan dengan Ethnic Relations
yang kite blajo sem lepas..." kata kawan ku..hehe~
cer korg terbalikkan perkataan tu...haaa, nampak kn? (^_^)v






Friday, December 24, 2010

Akal vs Hati



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual
berkenaan kasih dan cinta..



Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam... Akal bertanya sekali lagi.


Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing.
Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa.
Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah.
Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari.
Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!


Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...



@};- Artikel iluvislam.com





Sunday, October 17, 2010

4 u 2 c




بسم الله الر حمن الرحيم



Permata Yang Dicari


Album : Insan Istimewa by "De Hearty"
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)





notakaki :

hmmm..tbe2 rase nk kongsi lirik lagu ni dgn korg~
yakinlah sahabat2 dengan janji Allah..

"Sesungguhnya,
Wanita yg baik, adalah utk lelaki yg baik..

Lelaki yg baik utk wanita yg baik..
juge sebaliknya"


MySpace

Tuesday, October 05, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ w-A-n-i-T-a


بسم الله الر حمن الرحيم


MySpace
Sahabat2ku..

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang
tidak memandang dan dipandang.."

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu
sehingga kau dikejar jutaan lelaki..

Itu bukan kemuliaan bagi mu..

Jika kau berasa bangga,
kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,
yang boleh diPIJAK dan diMILIKI sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa,
setanding mutiara Zabarjad,
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.



artikel ini dipetik daripada iluvislam.com...



MySpace
notakaki :
final exam juz around the corner..
byk plak assignment + report yg xsiap lagi..


"ya Allah!!
permudahkanlah segala urusan ku..

amiin!!"






Tuesday, August 24, 2010

a.D.i.K



بسم الله الر حمن الرحيم



MySpace
24 OGOS 2010
bersamaan 14 Ramadhan 1431
yang jatuh pada hari Selasa..



Buat mu adik ku..
ingin ku sampaikan amanat kepadamu..
walau diri ini tidak lah sempurna..
tetap ingin ku kata kn sesuatu utk mu..



Wahai adik ku..
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis & sendunya..
tetapi di situlah wahai adik ku..
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki..
Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata..

Pernahkah adik ku dengar..
pesanan Ilahi pada hamba-Nya?
Wahai lelaki2 yg beriman,

"Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"

Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanan-Nya?
pada hamba yg bergelar ar-Rijal~
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pada dirinya..

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerna di situlah kehormatannya.

Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-Rijal dan An-Nisa'
sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!

"Sesungguhnya, wanita yg solehah itu,
lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.."

Wahai adik ku sayang...
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani..
dan Al-Haya' itulah pakaian iman..

pada diri wanita itu,
indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri..
NAMUN,
bila mana Al-Haya' itu lebur
imannya runtuh..

1001 keindahan penciptaan wanita
pandai2lah dikau menilai
antara permata dan debu2 kilauan pasir..

Wahai adik ku,
janganlah dikau gusar..
tatkala tiada lelaki yg hadir memetik mu,
dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
menggugurkan diri..menyembah tanah..

sedangkan engkau sebenarnya
telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..



MySpace
notakaki :
"SELAMAT HARI LAHIR"
yg ke 18 adik!! (^_--)v

moga dipermudahkan segala urusan..
insya-Allah..amiiin~




Friday, August 13, 2010

kau..aku..dan Dia..




بس
م الله الر حمن الرحيم


Hari : Jumaat
Masa : 1.55 petang
Tarikh : 13 Ogos 2010
bersamaan "3 Ramadhan 1
431"


Sebagai seorang yang dinamakan manusia,
kita dilahirkan penuh dengan kekurangan.

Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan.
Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita,
dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.


Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.

mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa,
namun dapat menyentuh hati perempuan itu.
Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda,
hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'.


Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain',
walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang
'friendly
' dan 'happy go lucky'. Contohnya.


Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"

Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya.
Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan.
Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya.


Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.


article ini dipetik daripada iLuvislam.com..


MySpace
notakaki :
mase singgah iluvislam.com tadi,
terbace article ni..so, tbe2 rase nk
kongsi dgn sahabat2~ (^_--)v
[juga untuk peringatan diri sendiri]





Monday, August 02, 2010

DeHearty


بسم الله الر حمن الرحيم

masa : 5.00 ptg
tarikh : 2 Ogos 2010
tempat : Makmal 2, FSKM
[dalam kelas ITS472]

hmmm..sebenarnya..
hati trase nk tulis sesuatu kat sini..
mungkin sbb da lme xupdate kot..
igt nk update dgn gmbo2 kat pangkor..
tapi, tbe2 rase mcm xperlu..haha~
[sori la ye..malas nk letak gmbo lak]


nk share ayat kat bwh ni ngn korg..
actually, utk diri sndiri gak..
mungkin sbb tbe2 rase hati ni kosong..
dan saya xsuke akan perasaan ini..
hmmm..(~_~)





"ya Allah..
Kau tambahkanlah iman di hati ini..
Jangan Kau tarik kembali hidayah yg telah Kau beri..
kerna hati ini gelap tanpa nur hidyah Mu..
kerna diri ini takut akan terpesong ke lembah kehinaan itu..
amiiin..amiin..
ya Robbal a'lamin.."

Wednesday, May 12, 2010

nothing but everything~


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.

Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik
. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.


Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.

Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.


Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya dan beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.

Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi di akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi terasa di hati balasan cintaNya.


Cintailah sesuatu itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika..bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.


MySpaceMySpace
Begitu indah cinta Illahi..
Tiada bandingan, tiada tandingan..




combat position