Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label hati ke hati. Show all posts
Showing posts with label hati ke hati. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Aku kembali lagi. : )





"Menyembunyikan diri dari alam realiti ke alam fantasi. 
Ingat! Walau sejauh mana kita berlari. Ajal sentiasa menanti."
@aton90


Maaf! Saya tidak suka orang menipu.

Sangat! Sangat! Sangat! 

Tidak menyukai.

Kurang memahami.

Mengapa harus menipu orang sekeliling mu.

Mengapa harus menipu diri mu.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu segala apa yang berlaku.

Berkata benarlah wahai insani.

Orang akan lebih mempercayai.

Orang akan lagi menyayangi.

Kerana menipu itu.

Sifat yang harus kita semua jauhi.

Sifat yang Allah sangat benci.

#notahatidirisendiri





Saturday, August 11, 2012

Teguran itu....




-------------------------------------------------------------------------------

Tidak pernah ada yang menegur.
Tidak ada yang pernah menghalang.
Kerana mereka tahu tampar bola itu kegemaran ku.

Tapi, satu petang yang suram, 
Allah menghantar dia untuk bersuara.
Allah menghantar dia untuk meluah rasa.
Sungguh tertusuk bicaranya.
Bukan kerana aku tidak suka.
Sangat perit. Sangat sukar.
Tapi ku tahu luahan rasa itu,
kerana dia sayangkan aku.

Terima kasih atas teguran mu.
Sungguh!! Perubahan memerlukan masa.
Tidak boleh terus dipaksa kerana mungkin ia tidak lama.
 

:") 


"The man who decided to change 
on the 12th hour dies on the 11th"
-Contengan Jalanan-



Friday, July 06, 2012

aku kembali



source : tumblr 

Bismillah, dengan nama Allah..

dalam tempoh masa menyepi,
pelbagai perkara dilalui,
berat rasanya terbuku di hati,
terlalu banyak bermain di minda, 
tapi tak terluah segala-galanya,
mungkin terlalu lama di dalam jiwa,
mungkin juga belum tiba ilham dari-Nya..

atau mungkin segalanya BIARLAH RAHSIA,
antara aku, kamu dan DIA..


:')


*SPEECHLESS*


notahati:
pada anda, yang sudi membaca entri ini...
doakan kejayaan kita bersama...
Peperiksaan Akhir Tahun saya [insya-Allah]
 pada 7 & 14 Julai 2012 ni..
Pembentangan FYP saya [insya-Allah] 
pada 17 Julai ini.. :)











Tuesday, February 28, 2012

semester 6





alhamdulillah~

insya-Allah...
ini adalah jadual semester akhir kami 
yang kelihatan sangat menarik! :)
sebelum melangkah ke alam praktikal~ :D

kelihatan banyak masa lapang..
tapi, jangan lupa wahai kawan-kawan!!


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 
"Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia
 ialah waktu sehat dan masa lapang."
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)







Thursday, February 23, 2012

Cinta Sebenar






Salam'alaikum~


TAKE NOTE!!
Tajuk dan gambar di atas ni tiada kaitan langsung
dengan belog ini mahupun tuannya.. =)

This is my first time used the shopping cart..
memang sebelum ni kami ada projek yang kene develop
web dan buat shopping cart segala bagai..tapi, seriuosly..
ini la first time guna aplikasi ni..

Pendek kata, ini la first time beli secara online..
sekian..


notakaki:
tak sabar nak tunggu sebuah bungkusan tiba di rumah..
[insya-Allah, jika tiada berlaku sebarang masalah]
tapi, kebarangkalian masa bungkusan tu smpai rumah,
saya berada di Shah Alam terchenta.. =,=" 



Monday, February 20, 2012

Deactivate belog



Suddenly....
terfikir nak delete belog ni...
MAMPUKAH ANDA??

"Jangan la!! pehlisss~~~"


(=,=") hmmmm...
ok..STOP IT!!
sudah la tu meow..jangan la buat muka comel..
tak sampai hati pulak nak delete..

..
...
....


of coz I WILL not..
cuma pada masa ini..
pada saat ini..
hati makin menjauh..
dari laman ini..
jangan ditanya mengapa..
kerna belum menemui jawapannya..







Friday, January 27, 2012

Contengan Jalanan





err..ye!! memang betul..
memang buku Contengan Jalanan ni macam ni...
cover depan & belakang terbalik..
tiada kesilapan teknikal berlaku di sini.. :D

alhamdulillah setelah selesai buku 
SINERGI penulisan Hilal Asyraf tempoh hari,
sekarang dalam proses nak menghabiskan buku ni..


novel ini terbahagi kepada dua..
sebab itulah kulit depan dan belakangnya berbeza..
kalau-kalau ada yang berminat nak tahu sinopsis novel ni..
silalah klik link di bawah ini.. (^__--)v


CERITA 1 - mengenai Fend


CERITA 2 - mengenai K2





 notakaki:

credit to Hazmi Anas


agak terkilan... (+__+)
sebab mase beli kat Pesta Buku 2011 di PWTC dulu..
hanya 1000 buah buku yang bertuah dapat 
penanda buku dari Hlovate ni...
hmmm, xpe la..tak ade rezki la tu Ruhani ooii.. :)





Wednesday, January 25, 2012

Book Expo 2012



iklan dari Telaga Biru..
klik gambar untuk lebih jelas~  :)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~

'krik..krik..krik'
pheewww! (+_+)"

alhamdulillah..
diberi kekuatan untuk mengupdate blog
yang makin lame makin sunyi ni...

ingat cuti semester ni nak release stress~
tapi, tak tahu lah kenapa rasa makin stress..  (T_T)

mungkin sebab masalah hati kot..
Allahu Robbi~~ 

ataupon, mungkin sebab banyak sangat buku-buku
yang tengah tunggu turn mereka untuk dibaca??

dan juga kemungkinan kerana terfikirkan Final Year Project
yang bakal dihadapi pada next semester??

atau kebarangkalian kerana memikirkan tempat
untuk praktikal insya-Allah pada bulan 9 atau 10 ni??

....


NOKHTAH!!


NOTE TO SELF!!


"INSYA-ALLAH...it will happen"  :)


p/s: jom pegi BookExpo 2012 kat 
PWTC insya-Allah 1-6 Februari 2012 ni kawan-kawan..









Wednesday, January 04, 2012

Sinergi





mood: 
tak sabar nak habiskan 3 paper final ni.. ^^,

kerna banyak bahan bacaan disisi..
dari tahun lepas hingga ke tahun ini..
 semua menanti giliran diri..
dibeli sejak dahulu lagi..
jika diberi izin Ilahi..
akan ku habiskan semua sekali..
lagi-lagi novel Sinergi..
yang sangat menyentuh hati..

:)

tersenyumku sendiri~
1033,
040112,
T2405..



 


Monday, December 19, 2011

Pelangi





Aku lihat pelangi dia..
Ku cemburu lalu berkata,
"UNTUNGLAH DIA"
Namun kita sebenarnya lupa..
Hadirnya PELANGI penuh warna..
Selepas hujan melabuhkan tirainya..

:: Tidak ada senang datang menerpa,
sebelum susah melalui jalannya ::


jazakallah kakak~  (^^,)
those words, really inspiring me..



Sunday, December 04, 2011

Experience, Experiment & Expectation



 
Bismillahhirrahmannirrahim~

ok..serios mmg betul2 dah bersawang blog ni..
cuba tengok tarikh sebelom post ni...
dan cuba tengok kalender kat lappy korang smua sekarang..
tak ke begitu jauh bezanya?? (@_@)




TAKE NOTE!!
"sempat mengupdate entri ni bukan bermaksud
penulis sangat lah banyak waktu free di kala ini...
cuma mahu meluangkan masa seketika di sini,
sambil membersihkan segala sesawang yang ada.."





22-10-2011
Modul pelatih bomba semester 2 yakni
Lawatan Kebombaan yang diadakan di Balai Bomba
Gombak Selatan...alhamdulillah, sangat2 best!!
TAHNIAH ketua program (KRK Safwa)..
dan tahniah kepada semua komander yang terlibat~




 20-11-2011
merupakan hari persandingan salah 
seorang sahabat dan tarikh itu juga, dengan izin-Nya
telah mempertemukan kami semua setelah sekian lamanya..
alhamdulillah ya Robbi~ ♥




 26-11-2011
alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan diharungi..
akhirnya, Allah mengizinkan kami menyempurnakan
modul pelatih bomba semester 3 iaitu [OPKIM]
"Operasi Khdmat Masyarakat"...
pengalaman yang sungguh bermakna bagi kami!!
Tahniah kepada penasihat program
KRK Farahana~  :)



 

  27-11-2011
 Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD)
yang dijalankan di Padang Kawad UiTM Shah Alam..
alhamdulillah kerana pasukan kami mendapat
tempat ke-4 bagi keseluruhan..sungguh tidak disangka!
walau apa pun, TAHNIAH bagi anda skuad PERKAD,
kerana anda menang dihati kami!!.. ;)
[err, tu gambar PERKAD last year..nanti, insya-Allah
penulis akan update dengan gambar yg baru..hehe]





28-11-2011
Kadet Bomba UiTM Shah Alam telah menghantar
1 pasukan untuk menyertai Malaysia Books of Records
Debat Bahasa Melayu 222 Jam Tanpa Henti dengan tajuknya
"Ilmu Kebombaan Wajar Didedahkan Kepada Orang Awam"..
[mohon mencelah Tuan Yang Di Pertua! (^_--)v]


err..ok HABES!!
insya-Allah, jika berkesempatan nanti...
akan ku sambung lagi...





salam'alaik~
(^___^)v







Wednesday, November 09, 2011

Be strong!! :)




"ya Allah!! kuatkanlah hatiku..
ya Robbi!! kuatkanlah jiwa ku..

ya Rahman!! kuatkanlah diri ku
dalam menempuh segala ujian-Mu.."



SOOOO TRUE!!
memang senang orang lain duk habaq mai..

.."Sabaq la"..
..."Be Positive"...
.."Anggaplah itu satu ujian"..

tapi depa tak rasa apa yang kita rasa..
depa tak ada dalam kasut kita..
depa bukan kat situasi kita..

hanya Allah dan kita ja tahu apa yang kita alami..
tapi, cuba kita analisis kata-kata kat bawah ni~~~



bertimpa-timpa ujian Allah beri pada kita..
bukan tanda Allah saja nak susahkan kita..
tapi, itu tanda Allah teramat-amat sayangkan kita..
supaya kita sentiasa sedar dari terlena..
sentiasa bangkit setelah terjatuh..


:)


"Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[surah al-Baqarah, ayat 286]



sebagai peringatan diri dan
sahabat2 blogger~




notakaki:
entri kali ni tiada
kaitan pon dengan penulis..
cuma sebentar tadi,
Allah mengerakkan hati dan
memberikan ilham untuk mengupdate blog yang kian suram..





Saturday, November 05, 2011

monolog hati




Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata orang Mukmin
Bermula 'Bismillah' disudahi 'Amin'


Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun berduka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka


Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa


Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia kan lupa
Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati


(gen-Q, 2011)




notakaki:

suddenly rasa nak kongsi kata-kata
yang dikarang oleh Ahmad Fedtri Yahya ni..
best kn..kn?? (^^,) tu baru sebahagian daripada gen-Q ni..
nak lagi yang lain? korang belilah..insya-Allah, korang pun akan 
fall in love with this book..

jazakallah kak nurul for this book
 


 :)







Wednesday, September 21, 2011

alhamdulillah








alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan oleh-Nya..
alhamdulillah, aku masih bernafas dalam jiwa hamba..
alhamdulillah, aku masih berdiri di sini melalui setiap ujian-Nya..
ALHAMDULILLAH~~


notakaki:

alhamdulillah~
dalam kesibukkan ku menempuh semester baru,
masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk merasai
kenangan manis yang insya-Allah tidak akan aku lupakan..


-sebelum bertolak ke open house kak hemilda di Setiawangsa-




-kami menyertai perberisan hari Malaysia & Kemerdekaan
di Dataran Merdeka pada 16 September 2011 lalu-










combat position