Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts

Saturday, November 05, 2011

monolog hati




Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata orang Mukmin
Bermula 'Bismillah' disudahi 'Amin'


Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun berduka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka


Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa


Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia kan lupa
Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati


(gen-Q, 2011)




notakaki:

suddenly rasa nak kongsi kata-kata
yang dikarang oleh Ahmad Fedtri Yahya ni..
best kn..kn?? (^^,) tu baru sebahagian daripada gen-Q ni..
nak lagi yang lain? korang belilah..insya-Allah, korang pun akan 
fall in love with this book..

jazakallah kak nurul for this book
 


 :)







Sunday, October 09, 2011

Kami Sibuk





Ya Allah..

Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau lupakan kami tentang di sana..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau tarik kami ke neraka..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau buat kami terus leka..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau biarkan kami menderita..

Kami sibuk Ya Allah..
Kami sibuk..
Kami tidak punya masa..
Kami hanya guna sepenuhnya..

Ya Allah.. Kami sibuk..

Kami sibuk bukan terpaksa..
Kami rela keranaMu..

Kami sibuk berdamping dengan sahabat..
Walau mereka bukan kalangan yang hebat..
Tidak pula punya kelebihan atau bakat..
Tetapi mereka sibuk mencari BERKAT..

Ya Allah.. DugaanMu silih berganti..
Kau beri kami penglihatan..
Kau uji dengan pandangan..

Ya Allah..
Nikmat itu kami syukur..
Namun kami harus akur..
Tidak Kau beri itu tanpa diukur..
Tidak Kau biar kami jatuh tersungkur..

Kami sibuk Ya Allah..
Mencari hikmah setiap kejadian..
Merangkul nikmat setiap pemberian..
Menunggu rahmatMu penuh penghargaan..
Hingga saat terakhirku di sini Tuhan..

Ya Allah..
Redhalah kesibukanku ini..
Agar kami tidak punya masa melangkaui batasan waktu..
Sibuk mencari kesilapan yang lain..
Sibuk mencanang keburukan yang lain..

Biarkan kami sibuk..
Biarkan kami tidak punya masa..
Dalam menghayati perkara sia-sia..
Biarkan kami sibuk...


original source from [Aku Sibuk]  
(^__^)v  jazakallah siskahaidan~



notakakibuatdiri:

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Apabila engkau berada pada waktu petang, maka jangan menunggu waktu pagi, 
dan  apabila engkau berada pada waktu pagi, maka jangan menunggu waktu petang..
Gunakan waktu sihatmu sebelum sakit, dan hidupmu sebelum mati."

@riwayat al-Bukhari







Tuesday, July 05, 2011

bersangka baik itu lebih baik..





(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..)


"buat sahabat-sahabat blogger sekalian..
buat viewer atonisation juga..

buat anda semua pembaca..

dan lebih2 lagi, buat diri ini yang sering alpa..
"


Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.

Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,

mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,

tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),

sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,

mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.

Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



Tak rugi kita berhusnuzon (sangka baik) terhadap insan
daripada kita bersu'uzon (sangka buruk) yang boleh mendatangkan dosa.
Sematkan ke dalam hati agar iman akan bertambah,

aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.




MySpace
--> re-post from [here] because
"Sharing is Caring".. =)
[credit to my friend's friend! v(^_^)]








Sunday, September 19, 2010

Speechless ker?? O_o


بسم الله الر حمن الرحيم


19 September 2010
bersamaan 10 Syawal 1431H
[sebelum pulang ke Teratai terchenta]

awal mula pertama mula,
rase nye masih belum terlewat utk
saya mngucapkan...

"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi"

kepada semua blogger
yang tak jemu2 mengunjungi blog ni..

MySpace
-----------TAKE 5!------------


haish..mmg betol2 dah bersawang
laman sesawang ni..hehe~

setelah 2 minggu cuti, bru arini dpt update..
so, dlm 2 minggu ni mmg mcm2 peristiwa yg berlaku..



@>-- Balik raya kat Johor!(^_^)v
@>-- Beraya uma sedara mara kat Selangor..
@>-- Sepupu nikah + sanding kat Perak~



......dan.....

MySpace
"SELAMAT HARI LAHIR"
kepada mereka2....

2 September --> izah [ex-rumet MAWAR ku!]
9 September --> iLi Nadirah..Aizat..Aina..
12 September --> aQis [ex-rumet KMPh kuh!]
13 September --> atiQ! [sahabat CS224 ku]
16 September --> ABAH ku tercinta!! (^^_)
24 September --> iEja & aCha!! [rindu korg!!]

hehehe..spesel tol org lahir bulan 9 nih!
siap inform kat blog tu..ahakz~


MySpace
hmmm..kalau nk citer sume nye..
mau sampai berjela2 pjg nye..

so, ak juz upload beberapa gambo je la ye..
bak kate pepatah omputih..
"Picture speak more than words!"
[betol ke pepatah ni..haha..taram sudah!]


--------------
bersama nenek tercinta--------------


-------------selepas akad nikah--------------


------------daripada pihak lelaki------------



-----------selepas bersanding----------


--------------anak-anak dara--------------


---------------kanak2 riang---------------







notakaki:
nape gambar xbyk nih?? O_o
okeh..ini kerana saje je ak nk kurang kn
"kepanjangan" entri ini..haha~



MySpace
alamak murni!!
TAG tuh?!! hehehe~




Tuesday, June 15, 2010

sharing is caring..


MySpace
SHARING IS CARING..??!
iye ke sharing is caring?
ntah la..korg carik la jwpn tu sendiri..huhu~
haaaa..actually nk share ngn sume..
korg sume sedar x?
yang kite ni dah melangkah ke bulan REJAB??


ahlan wa sahlan ya REJAB..

pejam celik..kita semua dah masuk bulan REJAB..
mesti ramai yg masih xsedar kn..ye la..masing2 bizi bebeno
dgn khidupan harian..smpai mgkin ade yg xigt pn
arini dah brape aribulan..
ish..ish..ish..
MySpace

jadi..marilah sama2 kita tingkatkan amal ibadah
di samping mndapat ganjaran yg lumayan di kemudian hari..
kita juga dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi
Ramadhan yg bakal menjelma..


Sedikit perkongsian utk sahabat2..

"Semua manusia dalam kelaparan pada hari Kiamat
kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka,
juga orang yang berpuasa pada bulan REJAB,
Sya'ban & Ramadhan.
Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang,
tidak lapar dan tidak haus.."


MySpace
renung-renungkn dan
selamat beramal..



Wednesday, May 12, 2010

nothing but everything~


Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.

Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik
. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.


Cinta Seindah Yang Diucap. Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.

Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.


Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya dan beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.

Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi di akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.

Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi terasa di hati balasan cintaNya.


Cintailah sesuatu itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika..bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.


MySpaceMySpace
Begitu indah cinta Illahi..
Tiada bandingan, tiada tandingan..


Thursday, December 31, 2009

Take time..



Ambillah waktu untuk berf
ikir,
itu adalah sumber kekuatan..

Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan..

Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan..


Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu adalah jalan menu
ju kebahagiaan..

Ambillah waktu untuk memberi,
itu membuatkan hidup terasa bererti..

Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalah nilai keberhasilan..

Ambillah waktu untu
k beramal,
itu adalah kunci menuju syurga..







Wednesday, December 16, 2009

Jika dan Ketikanya..



Jika
kau berasa lelah & tak b'daya lagi..
Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha..


Ketika
kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu terasa pedih..

Allah sudah menghitung air mata mu..

Jika kau fikir hidupmu sdg menunggu sesuatu..
Allah sedang menunggu bersama-sama mu..

Ketika kau berasa sendirian..
Allah sentiasa berada di samping mu..

Ketika kau fikir kau sudah b'usaha sehabisnya..
Allah sudah mempunyai jawapannya..

Ketika
kau berasa begitu tertekan dgn hidup mu..

Allah bersamamu untuk menenangkan mu..


Ketika
segalanya b'jalan lancar dan kau berasa ingin m'gucapkn syukur..

Allah telah pun memberkati mu..

Ketika segala yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum pada mu..

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan nama..

Jika tiba2 kau dapat melihat jejak-jejak harapan..
Sebenarnya, Allah sedang berbisik kepada mu..




MySpace
Oleh itu ingatlah bahawa..
Di mana atau apa jua keadaan sekalipun..
Allah sentiasa Melihat, Mendengar dan
Mengetahui apa yg kau lakukan..
Ketika kau rasa hidupmu begitu sunyi dan sepi..
Ingatlah yang sesungguhnya Allah
sentiasa bersamamu..
Tatkala di saat susah dan senang..
Tatkala kau berseorangan..
DIA sentiasa menemanimu..

Friday, November 06, 2009

diam boleh x ?!

Assalamualaikum w.b.t...


MySpace
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri??




Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:


"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.."


MySpace
Sebagai umat Islam, kita wajib mghormati azan.
Lantas sesiapa yg berkata2 ketika azan, Allah akn kelukan lidahnya
ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba,
Maka kita tidak dapat mengucap kalimah
Lailahaillallah..


MySpace
Sesiapa yg dapat mengucap kalimah
Lailahaillallah ini ketika nyawa akan dicabut Allah
dgn izin-Nya menjanjikan syurga utk mereka.



Dari itu, marilah sama2 kita mghormati azan & memohon kpd Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut..



MySpace
"Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lagi mulia..
Lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah
Lailahaillallah semasa sakaratul maut mghampiri kami..
aminn..Yarobbal'alamin.."

Saturday, October 17, 2009

IMPORTANT!!!



MySpace
Assalamualaikum w.b.t..
khas buat sahabat2 ku sekalian...

smoga berjaya menempoh peperiksaan yg bakal menjelma!!
marilah kita sama2 berjihad dlm menuntut ilmu..



"Kejayaan bukanlah satu destinasi, tapi ia adalah satu perjalanan,
semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi,
ianya tiada berpenghujung.."


MySpace
ganbatte kudasai~

Tuesday, September 29, 2009

warkah buat hawa....



Hawa,
andai dikau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua org tua mu..

Hawa,
andai dikau belum berpunya,
janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji Allah kpd kita,
wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik..

Hawa,
jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki
yg bkn muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirlah nafsu kejahatan yg menguasai diri..

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah & senang kerana kau
akn mmperolehi cinta insan yg juga mnyintai Allah..
Cintailah kedua ibubapa mu krn kau akn mmperolehi keredhaan Allah..
Cintailah keluargamu krn kau akn tidak akan jumpa cinta bahagia
selain dari cinta keluarga..

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandangan mu,
awasilah aurat mu,
peliharalah akhlak mu,
kuatkanlah pendirian mu..

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untuk mu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwa mu..
Biarlah hanya cinta kedua ibubapa mu yang memberi kehangatan
kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik mu serta keluarga
yang mmbahagiakan dirimu..


Tuesday, September 15, 2009

SOMETIMES....


Sometimes..a lot of opportunity came in our life
we need to choose either grab it or drop it

Sometimes
..
the opportunity just came once
Sometimes..it may change our life
Sometimes..it doesn't change anything

Sometimes
..
we can't decide what the right decision to be made
Sometimes..we need help to make decision

Sometimes
..
nobody can help us

Sometimes..when we lose it, we'll regret
Sometimes..when we grab it, we had a joy
Sometimes..we just waiting it to be true
Sometimes..it just came when we need it
Sometimes..it never come although we wish for it

So, when it come..
Choose the right decision..
And grab it as u wish for..

And the most
IMPORTANT thing is...
MySpace




"Then when u have take a decision..
put ur trust in Allah..certainly, Allah
love to those who put their trust in Him.."

_al-Imran_








combat position