Jika kau berasa lelah & tak b'daya lagi..Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu terasa pedih..Allah sudah menghitung air mata mu..Jika kau fikir hidupmu sdg menunggu sesuatu..Allah sedang menunggu bersama-sama mu..Ketika kau berasa sendirian..Allah sentiasa berada di samping mu..Ketika kau fikir kau sudah b'usaha sehabisnya..Allah sudah mempunyai jawapannya..
Ketika kau berasa begitu tertekan dgn hidup mu..Allah bersamamu untuk menenangkan mu..
Ketika segalanya b'jalan lancar dan kau berasa ingin m'gucapkn syukur..Allah telah pun memberkati mu..Ketika segala yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..Allah akan tersenyum pada mu..Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan nama..Jika tiba2 kau dapat melihat jejak-jejak harapan..Sebenarnya, Allah sedang berbisik kepada mu..
Oleh itu ingatlah bahawa..Di mana atau apa jua keadaan sekalipun..Allah sentiasa Melihat, Mendengar danMengetahui apa yg kau lakukan..Ketika kau rasa hidupmu begitu sunyi dan sepi..Ingatlah yang sesungguhnya Allahsentiasa bersamamu..Tatkala di saat susah dan senang..Tatkala kau berseorangan..DIA sentiasa menemanimu..