Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, September 25, 2011

syafakillah~




salam'alaik ya akhi wa ukhti~

sejak dua menjak ni,
ramai pula yang kurang sehat..

mungkin kerana cuaca yang kini tidak menentu..
atau mungkin kerana masing2 pening memikirkan hal FYP..
[untuk mereka yang seangkatan dengan saya v(^____^)]

"semoga Allah mencabut kesakitan kita semua
bersama dosa-dosa kita yang lalu..ameen"



Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:



مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ


Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit,
atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya
melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

credit to iluvislam.com




notakaki:


currently fall in love with this book~

try to search, buy & read it...
really!! it was awesome!!




Wednesday, September 21, 2011

alhamdulillah








alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan oleh-Nya..
alhamdulillah, aku masih bernafas dalam jiwa hamba..
alhamdulillah, aku masih berdiri di sini melalui setiap ujian-Nya..
ALHAMDULILLAH~~


notakaki:

alhamdulillah~
dalam kesibukkan ku menempuh semester baru,
masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk merasai
kenangan manis yang insya-Allah tidak akan aku lupakan..


-sebelum bertolak ke open house kak hemilda di Setiawangsa-




-kami menyertai perberisan hari Malaysia & Kemerdekaan
di Dataran Merdeka pada 16 September 2011 lalu-








Thursday, September 08, 2011

no titile


credit to this and this
..editted by me..


special thanks to


jazakallah ya ukhti..





Monday, September 05, 2011

ujian tarbiah diri 2 | innallaha ma'ana







FANZURUU...
[maka lihatlah]

Mata ini yang menafsir jutaan peristiwa,
merakam duka dan suka,

mata adalah jendela hati,
yang membentuk peribadi,

kerana mata,
hati ini terpaut kepada hidayahMu,

kerana mata juga,
ramai yg terleka..

buta mata tidak nampak dunia,
buta mata hati tak kebenarannya..

[credit to fanzuruu.blogspot.com]


-----------------------------------------------------


31 Ogos 2011 a.k.a 2 Syawal 1432
satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku antara 
wira aerobik dan wira di simpang jalan Kayu Ara Pasong, Johor...
sehingga menyebabkan kereta yang dilanggar berpusing 180 darjah...
syukur alhamdulillah kerana semua orang terselamat 
dan tiada kecederaan berlaku...

aku yang sedang memandu dari arah Ayer Baloi ke Pontian Kechil
secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan merempuh wira yang
bertentangan arah itu... (+_+)


setelah kami membuat laporan polis di Balai Polis Pontian Kechil,
ada lagi sekumpulan orang yang datang untuk membuat laporan
kemalangan...dan secara kebetulan, berlaku di tempat yang 
sama kami kemalangan..


"ya Allah! dah 4 laporan kemalangan dibuat pada
tempat kejadian yang sama dalam 1 hari ini"
..kata polis tersebut..

walau apapun, kami teramat bersyukur kerana tiada apa-apa

kecederaan dan semuanya telah selamat..



a) kereta yang ku pandu hampir merempuh kedai makan
yang penuh dengan pelanggan..alhamdulillah!! 
tiada kemalangan jiwa berlaku..

b) kereta itu juga sangat-sangat hampir
merempuh tiang TNB..
syukur ya Robbi!!

ku tahu ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini..
Sungguh!! Allah itu Maha Kuasa atas segalanya..
syukur Alhamdulillah~~~




 notakakibuatdiri:



ini bukanlah sambungan entri sebelum ini..
tapi, ku bertinta di sini agar sentiasa mengingatkan
diri yang sering alpha.. --_--











combat position