Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, December 27, 2012

Aku kembali lagi. : )





"Menyembunyikan diri dari alam realiti ke alam fantasi. 
Ingat! Walau sejauh mana kita berlari. Ajal sentiasa menanti."
@aton90


Maaf! Saya tidak suka orang menipu.

Sangat! Sangat! Sangat! 

Tidak menyukai.

Kurang memahami.

Mengapa harus menipu orang sekeliling mu.

Mengapa harus menipu diri mu.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu segala apa yang berlaku.

Berkata benarlah wahai insani.

Orang akan lebih mempercayai.

Orang akan lagi menyayangi.

Kerana menipu itu.

Sifat yang harus kita semua jauhi.

Sifat yang Allah sangat benci.

#notahatidirisendiri





Sunday, October 21, 2012

AE + SV = kebaboom!! :)





siapa tahu AE tu apa sila angkat tangan!!
*angkat kening sebelah*

Sebenarnya sangat lah teruja dengan AE ni.
[hyperbola sungguh ruhani ni]
Jazakallah Encik Amir! 
*salah sorang pekerja di ofis*
Beliau la yang memperkenalkan saya dengan AE ni.

kepada kawan-kawan yang suka create/edit video 
dan mahukan satu hasil yang kebaboom..
memang sangat dsarankan korang cuba software AE ni..
kalau nak tahu hasilnya macam mana silalah klik 





Selain daripada AE, encik Amir juge memperkenalkan
saya dengan software Sony Vegas.


Actually, daripada zaman matrikulasi lagi dah
pernah dengar pasal Sony Vegas, cuma tatau la kenapa...
tak de perasaan pon nak cuba menggodeknya.. :D



notakaki :


Alhamdulillah...
pada 18 Oktober 2012,
satu program anjuran HSE department
telah berjalan dengan jayanya..dan untuk menyiapkan
montage perasmian, 3 hari tido pukul 4 pagi..
memang terrrbaik!! (@_@)





Saturday, October 13, 2012

Satu hari bersama mereka..




Alhamdulillah,
diberi keizinan untuk berjumpa,
diberi keizinan untuk meluang masa,
walau hanya cuma seketika,
namun itu cukup membuat hati kami gembira.






sangat terpegun + terkesima
tatkala melihat budak kecil seusia itu
sudah mampu menunggang kuda dengan laju
tanpa ada jurulatih yang mengiringi..
*Subhanallah!! Superb*







Friday, September 21, 2012

Sekilas pandang





:: 14 September 2012 ::

Prince William & Kate Middleton visited KLCC Mosque.



:: 15 -17 September 2012 ::

Family outing (excluding big bro).
Reflection. Twin. Sisters.
^___^




Monday, August 27, 2012

Peristiwa 6 Syawal




"Ni hadiah adik bagi akak.

"Eh? Bila pula adik bagi mama suh bagi ani?"

"Hari tu, masa ani kat asrama."

"Ohoho..sweet la adik ni!! Aish, terharu ni"

"Besday adik nanti, bagi la hadiah kat adik juga"

"Haha..insya-Allah"

-------------------------------------------------------------

Adik, alhamdulillah akak tak pernah 
lupa tarikh lahir semua ahli keluarga kita. 
Akak dah rancang dah nak bagi something pada adik. 
SERIUS!! Tapiiii...kebetulan dengan izin Allah, hari jumaat 
bersamaan 24 ogos 2012 tempoh hari, saudara mara 
dari selangor tiba-tiba tepon cakap nak datang beraya. Semua
ahli rumah sibuk kemas-kemas apa yang patut. Sampai la adik cakap.

"akak, ingat tak hari ini hari apa?"

"laaaa..hari Jumaat la..kenapa?"

"tak de pape, saje tanya"

mungkin sebab dah lama akak tak bukak laptop, atau mungkin
sebab dah lama tak tengok kalender, atau mungkin 
sebab kita satu keluarga kepenatan baru sampai rumah 
dari johor semalam pukul 3 pagi. Dan, akak memang tak ingat
hari Jumaat tu adalah tarikh adik dilahirkan. :"(


Sanah Helwah adik!

Moga dirimu sentiasa dalam lindungan Yang Esa,
moga tercapai segala apa yang dicita, moga 
diberi kejayaan & kebahagiaan di dunia dan 
ukhrawi jua, moga diberkati usia yang diberikan-Nya, 
moga menjadi anak yang solehah penyejuk mata penenang jiwa.
Ameeen ya Robbi~


Insya-Allah nanti akak hadiahkan adik something ye?
Adik nak tudung bidang 60 kan?? insya-Allah, akak cuba usahakan. :)




Akak bersyukur kerana dikurnia seorang adik yang penyabar,
dan sentiasa bersabar dengan karenah kakak yang banyak karenah.
*berapa banyak karenah la*  (-,-")




Wednesday, August 15, 2012

Wordless






Saturday, August 11, 2012

Teguran itu....




-------------------------------------------------------------------------------

Tidak pernah ada yang menegur.
Tidak ada yang pernah menghalang.
Kerana mereka tahu tampar bola itu kegemaran ku.

Tapi, satu petang yang suram, 
Allah menghantar dia untuk bersuara.
Allah menghantar dia untuk meluah rasa.
Sungguh tertusuk bicaranya.
Bukan kerana aku tidak suka.
Sangat perit. Sangat sukar.
Tapi ku tahu luahan rasa itu,
kerana dia sayangkan aku.

Terima kasih atas teguran mu.
Sungguh!! Perubahan memerlukan masa.
Tidak boleh terus dipaksa kerana mungkin ia tidak lama.
 

:") 


"The man who decided to change 
on the 12th hour dies on the 11th"
-Contengan Jalanan-



Sunday, August 05, 2012

Ujian tarbiah diri 3 | innallaha ma'ana



Khamis
02-Ogos-2012
14-Ramadhan-1433H

Pertama kali aku dan Hidayah Murni berbuka di Masjid Biru. Tersergam indah di tengah bandar Anggerik itu. Tarikh tersebut juga, pertama kali aku berbuka puasa bersama kakak-kakak tercinta. Naelah Safiyyah dan Nusaibah Amani, nama yang insya-Allah akan kekal di minda ini sampai bila-bila. Mana mungkin ku lupa tarikh itu. Tarikh dimana Allah menguji aku. Sungguh, aku bersyukur dengan ujian diberikanMu. Ia berkait dengan gambar di sebelah ini. Sungguh! Sangat berkait rapat dengan UJIAN DARI ILAHI, buat diri bernama Ruhani.. :") 
Biarlah ceritanya bersemadi di minda. Jalan ceritanya penuh onak berduri, memang benar-benar mengetuk hati yang hampir mati. Allah punya cara tersendiri dalam menguji setiap insani. Alhamdulillah, aku masih merasai ketenangan ketika diri diuji. Aku masih merasai ada harapan untuk menemui si Hitam ku ini. Tegar ku mencari tanpa ku kenal erti berputus asa. Tegar ku melangkah dengan penuh yakin akan tiba pertolongan Yang Esa.
Terima kasih sahabat ku Hidayah Murni, kerna sentiasa menemani disisi tatkala ujian melanda diri. Terima kasih Pak Cik Haji Sultan, yang menemui si Hitam ku di jalanan. Tatkala dikau menutupi pintu masjid itu, tatkala dikau menjalankan tugas dan amanah mu. Moga Allah merahmati kalian. Moga Allah permudahkan segala urusan. Moga Allah memberikan rezki berpanjangan. Cuma Allah yang bisa membalas jasa kalian...  (T^T)


"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

Mereka merancang, Allah juga merancang,
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..
[Ali-Imran:54]







Saturday, August 04, 2012

Entri tiada erti



credit to MyTumblr


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.
Aku kembali di dunia belog ini. 
Setelah sekian lama membawa diri. 
Bukan tidak mahu menulis lagi. 
Cuma tidak tahu ke mana hati ini berlari.
Kadangkala sukar dicari.
Kadangkala rasa dekat sekali.
Biarlah aku di sini bermadah seorang diri.
Kerna fikiran ku berfikir ligat tanpa henti.
Cuma satu hendak ku kongsi,


"Jangan sekali-kali dikau berdusta. Kerna ia membawa kepada murka-Nya. 
Berkata benarlah walau seperit mana. Kerna ia lebih dipandang mulia."
#NoteToSelf







Friday, July 06, 2012

aku kembali



source : tumblr 

Bismillah, dengan nama Allah..

dalam tempoh masa menyepi,
pelbagai perkara dilalui,
berat rasanya terbuku di hati,
terlalu banyak bermain di minda, 
tapi tak terluah segala-galanya,
mungkin terlalu lama di dalam jiwa,
mungkin juga belum tiba ilham dari-Nya..

atau mungkin segalanya BIARLAH RAHSIA,
antara aku, kamu dan DIA..


:')


*SPEECHLESS*


notahati:
pada anda, yang sudi membaca entri ini...
doakan kejayaan kita bersama...
Peperiksaan Akhir Tahun saya [insya-Allah]
 pada 7 & 14 Julai 2012 ni..
Pembentangan FYP saya [insya-Allah] 
pada 17 Julai ini.. :)











Thursday, May 17, 2012

Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti 2012





Sempena Ulangtahun Keputeraan Ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis,
UiTM Perlis dan Pusat KoKurikulum, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia 
telah mengadakan Program Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti 
yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records.


PENGALAMAN...
yang sukar ditafsir dan dihuraikan..
biarlah bersemadi dalam kenangan..

"Once commander, forever commander"

:)


------- Beberapa gambar dari dalam bas -------



----- Berhenti di RnR Bukit Gantang Utara -----



----- Di Padang Kawad UiTM Arau, Perlis-----











Tuesday, April 24, 2012

Sebiru Hari ini - edCoustic






Satu hari, dengan izin-Nya aku terbaca satu poster 
di dinding muka buku sahabatku..
UKM ada mengadakan program yakni Fiesta 2012
yang dianjurkan oleh Fakulti Sains & Teknologi, UKM Bangi..
Dengan tekad yang ada, aku berhasrat untuk menempah 
baju yang mereka jual dengan harga yang memang berpatutan..


setelah tempahan dibuat, alhamdulillah~~
Allah permudahkan urusan aku, adik & siskahaidan 
untuk ke sana mengambil tempahan, 
sekaligus berjumpa teman-teman ku di zaman matrikulasi..


Sungguh!! Telah sekian lama aku teringin menjejak kaki di universiti itu..
Sungguh!! Sudah sekian lama ku merindui mereka yang ku temu..
Sungguh!! Aturan Allah s.w.t itu adalah yang terindah buat ku..


Terima kasih Allah!! =)
Syukurrrr ya Robb~~

"Siapa sangka...dengan izin-Nya
kerana BAJU kita dipertemu...
pada tarikh, masa & waktu itu
antara saya, anda & kamu.. "


[beberapa pemandangan yang sempat dicapture dari dalam bas]  

"Ukhuwah fillah abadan abada"
Walau bertemu seketika, kita bersahabat selamanya! =)


--------------------------------------------------------------------------------





Sebiru Hari Ini...
Munsyid : Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah..



**lagu ini ku tuju buat mereka yang bergelar sahabat ku~




Monday, April 16, 2012

no title





Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri, 
dengan rahmat dan kasih sayang Mu aku memohon pertolongan 
dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian 
walaupun hanya sekelip mata dan perbaikilah setiap urusanku... 
Ameen Ya Robb~







Monday, April 02, 2012

Cinta Sebenar 2 [FINALE]





Entri ini merupakan sambungan entri 

....

Hari berganti hari...
Minggu berganti minggu..
Bulan berganti bulan..

Aku menunggu penuh kesabaran..
Umpama menunggu sebuah rombongan..
yup!! Sebuah rombongan membawa bungkusan..hehe

Alhamdulillah...
Finally... (^______^)v
pada tanggal 30 Mac 2012,
yang jatuh pada 7 Jamadilawal 1433H,
bersamaan hari Jumaat yakni penghulu segala hari..


"alhamdulillah ya Robb"
kegembiraan yang sukar untuk ku gambarkan..
dalam hati ini, hanya Allah Maha Mengetahui.. :)

sambil ditemani 2 orang sahabat yakni farah & murni,
aku menuju ke Pejabat Kolej Teratai UiTM
untuk mengambil bungkusan yang telah lama ku nanti..



saya suka biru langit itu!!
one of my favourite color.. =)
dan syukran for the button badge ye~
serius sangat..sangat smart! ^^,



jazakallahu khairan kathiran 







Thursday, March 22, 2012

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)





21 Mac 2012,
bersamaan 28 Rabiul'akhir 1433,
yang jatuh pada hari Rabu,
bertempat di DATC, UiTM Shah Alam,
pada jam 6 petang hingga 11 malam
merupakan program besar-besaran usahasama
Universiti Teknologi MARA dan KPTM
yakni "Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa"
yang telah dihadiri lebih kurang 10k orang,
dipenuhi lebih kurang 29 buah IPTA/S seluruh Malaysia.


[nokhtah]


notakakibuatdiri:
alhamdulillah majlis ini sungguh besar-besaran...
tetapi, sayang...seribu kali sayang....
perkara wajib diambil remeh...
perkara wajib dipandang enteng...
hati rasa terguris, diri rasa dihiris..
moga diberi kekuatan hati..
menempuh segala onak duri..
ameen~








Tuesday, February 28, 2012

semester 6





alhamdulillah~

insya-Allah...
ini adalah jadual semester akhir kami 
yang kelihatan sangat menarik! :)
sebelum melangkah ke alam praktikal~ :D

kelihatan banyak masa lapang..
tapi, jangan lupa wahai kawan-kawan!!


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : 
"Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia
 ialah waktu sehat dan masa lapang."
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)







Thursday, February 23, 2012

Cinta Sebenar






Salam'alaikum~


TAKE NOTE!!
Tajuk dan gambar di atas ni tiada kaitan langsung
dengan belog ini mahupun tuannya.. =)

This is my first time used the shopping cart..
memang sebelum ni kami ada projek yang kene develop
web dan buat shopping cart segala bagai..tapi, seriuosly..
ini la first time guna aplikasi ni..

Pendek kata, ini la first time beli secara online..
sekian..


notakaki:
tak sabar nak tunggu sebuah bungkusan tiba di rumah..
[insya-Allah, jika tiada berlaku sebarang masalah]
tapi, kebarangkalian masa bungkusan tu smpai rumah,
saya berada di Shah Alam terchenta.. =,=" 





combat position