Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, December 28, 2010

Pencarian Header Blog Tercantik 2010.. O_o


assalamualaikum w.b.t..
ape kabar iman anda hari ini?

[sihat alhamdulillah harap
2 nya..insya-Allah]
hari tu, saye ade berBLOGWALKING..

kemudian terjumpe 1 blog ni..
2dayblogger.com



blogger tersebut ada membuat 1 contest..
"Pencarian Header Blog Tercantik 2010..
"
walau tak ade hadiah yang disediakan..

tapi, tak ape..selain join for fun,
kite kene la support kawan
2 right?



MySpace
JOM!! JOM!! JOM!!

marilah ramai2 membuang undi..
[ingat! undian anda amat berharga]


"Jika rasa header blog ini layak menerima undian..
undilah http://atonisaton.blogspot.com..TQ!
tapi, INGAT! masih ramai lagi yang lebih layak.. =)
"

-> just klik pada banner atau SINI


** undian hanya boleh dilakukan sebelum
30 Disember 2010..








Friday, December 24, 2010

Akal vs Hati



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual
berkenaan kasih dan cinta..



Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?


Hati terdiam... Akal bertanya sekali lagi.


Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing.
Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa.
Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah.
Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.


Hati terdiam lagi...


Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari.
Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!


Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...


Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...



@};- Artikel iluvislam.com





Thursday, December 23, 2010

Fatin 1st GiveAway..



assalamualaikum w.b.t..


jom join GA ni..sangat mudah~

tapi, kene join sebelom
26 Disember 2010 la..
err..ade la lagi 3 hari..sempat lagi tu kalau nk join..

klik je pada banner atas tu kalau nak tau syarat2 nya..



MySpace


Wednesday, December 22, 2010

Islam pada nama saja...adakah kita golongan itu? Nau'dzubillah..



بسم الله الر حمن الرحيم


assalamualaikum w.b.t.

khaifa halukum ya akhi, ya ukhti? =)
[eh2, speaking arab hari ni..ape cite??]


sana sini sibuk mengatakan tentang AURAT..
buka blog sana, entri pasal tudung..

buka blog sinun, membicarakan hal yang sama..
cuma cara penulisan dan penyampaian saja yang berlainan..
tiba2 hati terpanggil untuk membicarakan tentang ini.. =)




Photobucket


Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w :

"Sudah hampir sampai suatu masa
di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya NAMAnya,
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya TULISANnya.
Masjid-masjid mereka TERSERGAN INDAH, tetapi ia kosong daripada hidayah.
Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit.
Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali."

(H.R al-Baihaqi)


Photobucket



Jika kita perhatikan, dunia Islam pada hari ini..
Keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w ini.



1) Islam pada nama?

-> macam
2 jawapan kite boleh jumpe..

"Alaaa...kire ok lah aku pakai tudung..
daripada dorang tu..tak pakai tudung langsung!"

"Hellooo, aku ni tak pakai tudung pon!! lagi baik tau daripada
depa yang pakai tudung tapi buat maksiat!!"

Sudah
2 la tu..tak payah la duk tuding jari kat orang lain..
kita cermin diri kita dulu..sempurna sangatkah diri kita ni?
[ya..ini buat peringatan diri saya juga..]


" Kebanyakan penghuni-penghuni di Neraka adalah wanita "
(Sahih Muslim
)

kamu..kamu..dan kamu!
mahukah termasuk golongan yang disebut??
[nau'dzubillah]





2) Al-Quran hanya tinggal tulisan?

berapa banyak al-Quran di rumah?
adakah semuanya digunakan?
[alhamdulillah jika ya]

tapi, saranan saya..jika mahu membeli al-Quran..
belilah yang ada terjemahan..kerana, tidak semua yang
mengambil Bahasa Arab sebagai 3rd languange..
ok! itu hanya gurauan.. =)

dengan tafsiran tersebut,
insya-Allah kita akan lebih memahami
dan mendalami isi al-Quran itu..




3) Masjid tersergam indah,
tapi kosong dengan hidayah?


-> cube list kan senarai masjid terkenal..

1) Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta..
2) Masjid Kristal di Terengganu..
3) Masjid Sultan al-Mizan di Putrajaya..
4) Masjid Negara di Kuala Lumpur..
5) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam..
6) Masjid Putra di Putrajaya..
7) Masjid Zahir di Alor Setar..

wow!! banyak sungguh.. =)
tapi, takkan kite singgah tapi hanya untuk
mengambil gambar buat kenang-kenangan?
tepuk dada, tanya iman..




4) Ulama sejahat2 makhluk?

-> Ulama yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah Ulama su'..
Su' dalam bahasa arab bermaksud "buruk"..
Ianya disebut ulama kerana baju dan lisannya seperti ulama,
dan disebut su' kerana perbuatan, ajakan dan hatinya yang jahat.



wa'allahualam~
[sekadar renungan kita bersama...]
✿>- rujukan di sini dan sini... =)








combat position