Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Friday, August 26, 2011

Di sebalik nama Ainul Mardhiah...



بسم الله الر حمن الرحيم

alhamdulillah!
setinggi-tinggi syukur ku panjatkan
pada-Mu Ilahi..kerna mengizinkan diri ini
merasai kelazatan nikmat iman & Islam-Mu ya Robb~

Acapkali terdengar nama Ainul Mardiah
meniti di bibir peminat nasyid..
tetapi, tahukah anda kisah sejarah apa
yang tersingkap disebalik nama yang mahsyur itu?

Kepada anda-anda yang masih belum
mengetahuinya...silakanlah kalian klik pada link berikut.. =)
Kisah Sejarah Ainul Mardhiah

dan buat anda yang belum pernah mendengar
lagu nasyid ini...silakan~








Ainul Mardhiah.mp3
-UNIC-

Dirimu pembakar semangat perwira

Rela berkorban demi agama

Kau jadi taruhan berjuta pemuda

Yang bakal dinobat sebagai syuhada

Itulah janji pencipta Yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia

Anggun gayamu wahai seorang puteri

Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri


Untuk melakar satu wacana

Buatmu bernama wanita Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati


Oh! Tuhan

Bisakah dicari di dunia ini

Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Dihati lelaki bernama kekasih



notakaki:
sesungguhnya, diri ini juga baru mengetahui mengenai kisah sejarahnya..
moga perkongsian ini mendapat keredhaan-Nya..insya-Allah..ameen~




Saturday, August 20, 2011

sekadar berkongsi





kalau dulu Myspace..
lepas tu muncul Friendster..
naik pulak Facebook..
blogwalking dengan Blogger..
tweet..tweet dengan Twitter..
tup..tup..TUMBLR~

macam2 dah muncul zaman sekarang ni..
tak salah kalau kita pandai kawal diri daripada terleka..
dan kita juga mestilah pandai untuk 'fully utilize' kan ia..
'fully utilize' bagaimana? tepuk dada..tanya iman kita..


alhamdulillah...
dulu sangat-sangat tidak faham
dengan kaedah yang digunakan
TUMBLR ni..syukran kepada Encik Mofar..
sebab beliaulah yang memperkenalkan TUMBLR ni.. =)


"masa dolu-dolu pun,
kite semua mula kayuh basikal dengan roda tiga..
lama-lama, insya-Allah dah boleh bawak sebelah tangan je.."



e'eh?! apa pula kaitan beskal dengan
TUMBLR ni?? (O_o) ok..abaikan~
sekian... :)



notakaki:


[credit to tumblr]


ni antara pixca yang telah di reblog..
sebenarnya, ade banyak sangat2 gambar-gambar

dan kata-kata yang menarik...
rasa macam nak tunjuk semuanya kat sini..
tapi, terlampau banyak..so, kalau rasa-rasa
nak tengok yang lain..
jom! intai SINI~
:)





Tuesday, August 16, 2011

sentimental value



[credit to tumblr]


"Salam Nuzul Qur'an"
kepada semua muslimeen serta muslimat..

sedikit kata-kata untuk perkongsian bersama~

"Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa,
Al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan
satu motivasi yang
memandu mereka kearah menguatkan iman mereka. Mereka
seolah-olah melalui satu jalan berliku,
berduri dan penuh halangan, tetapi
tahu hala tuju mereka pada suatu peta
yang jelas di penghujungnya,
kenikmatan yang berkekalan.." ♥




notakaki:

hari ini aku telah terima 1 kad raya daripada
salah seorang senior yang telah ku anggap seperti
kakak ku sendiri..(^^,)

gembira? of kos!! =)
tersangat bersyukur ke hadrat Ilahi..
kerna telah menghantar seorang kakak dan sahabat kepada ku..

teringat zaman skola dahulu..
baru puasa hari ke-3, aku lah yang paling semangat
mengajak abahku untuk ke Jalan Chow Kit mencari kad-kad raya yang comel..
akulah yang paling semangat membuka peti surat setiap hari..
menanti balasan-balasan kad raya dari kawan2..

dan kini...apabila dunia semakin maju..
segalanya dipermudahkan..
kad raya / kad pertunangan / kad perkahwinan
hanya dihantar melalui emel..
atau hanya di tagged pada gambar di Fb..
sudah tiada sentimental value dirasai..


sungguh!! aku merindui saat itu...
-NOKHTAH-





Wednesday, August 10, 2011

Kitab Cinta



bismillah..

malam tadi, alhamdulillah dengan izin-Nya
remote control tv telah membawa
ku ke satu rancangan di tv Al-Hijrah..

terpaku seketika melihat rancangan yang muncul..
bukan hanya seketika, tetapi sehingga habis
rancangan tersebut..

sejurus setelah habis cerita itu...terus aku mendapatkan
google untuk mengetahui lebih lanjut..

jom!! kita tengok trailer cerita tu..
zasss~~ (^_--)v




setelah diselidiki..cerita ini juga seperti
Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta
dan juga cerita-cerita lain yang telah diadaptasi daripada novel..
apa yang berbeza adalah, cerita ini merupakan gabungan
pelakon Malaysia & Indonesia.. =)


[nak tahu SINOPSIS? meh scroll bawah ni]


Sinopsis cerita "Kitab Cinta"

Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf.
Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar di situ apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika Universiti.

Satu hari, Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti
untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu, tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada di sana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.




kalau korang rasa macam nak tengok cerita ni..
jom download kat [sini] ataupun pegi
je cari kat U-tube sana..hehe~


MySpace
notakaki:
hmmm..sesetengah orang lebih sukakan
novel daripada cerita..ade sesetengah
pula lebih suka menonton daripada membaca..
dan, rasa-rasanya..aku adalah golongan yang ke-2 itu.. :)






Tuesday, August 09, 2011

Qurratu 'Ain : Penyejuk Mata




[gambar sekadar hiasan]




"Rabbana Hablana min azwaajina wadhurriy-yatina,
qurrata 'ayioni wa-jalna lil-muttaqeena Imaama"

(al-Furqan:74)


"Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami pasangan kami
dan keturunan kami sebagai penyejuk mata/penyenang hati (kami),
dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa"

ameeeen ya Robb~


notakaki:
suddenly rasa nak kongsi doa ni..
ya! saya yakin ramai yang dah tahu..
tapi, kalau kita semua anggap semua orang dah tahu
apa yang kita tahu...apa akan berlaku??
tepuk dada, tanya iman.. :)






Sunday, August 07, 2011

Hidayah Milik Allah







"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk hidayah kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya,
seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
"
[
Surah al-An’am:125]





SOLUSI isu 22 :
DOA mustajab atau terhijab?

"Allah s.w.t murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya..
sebaliknya, manusia marah apabila engkau sering
meminta daripadanya..."

renung-renungkan~~



notakaki:
"Sekiranya Ramadhan ini yang terakhir untuk kami,
jadikanlah Ramadhan ini terbaik untuk kami Ya ALLAH..
ameeen ya Robb!"






Wednesday, August 03, 2011

♩ ♬ bila hati berbicara



bismillah...

alhamdulillah...

dengan izin-Nya..sudah 3 hari kita semua

merasai kehadiran & keberkatan Ramadhan..

syukur ya Rabb! =)


benarlah..sangat cantik perancangan Allah..

ya Allah!! aku teramat bersyukur..

tanpa ku sedari..Kau telah membantu hamba-Mu ini..


begini ceritanya,,,

tadi, semasa mencari gambar mengenai

Ulang Tahun Kelahiran atau dalam arabnya,
"Sanah Helwah"..

sedang asyik mencari-cari..
tiba-tiba,
terjumpa dua gambar...
dan gambar itu sangatlah
dapat dikenalpasti..




ya..itu adalah gambar yang pernah
sahabat saya
tunjukkan pada saya satu masa dulu..

dengan izin Allah s.w.t...

link gambar itu telah membawa saya ke blog seorang sahabat..

subhanallah~

seakan-akan Allah mengetahui
betapa
hati ini memerlukan makanan..
jiwa ini berasa terisi dengan membaca
entri-entri saudari che lah~

"Kadangkala, Allah tidak akan memberi apa yang kita mahu,
malah..Allah akan memberikan apa yang kita perlu"



ALHAMDULILLAH~








combat position