Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, August 27, 2012

Peristiwa 6 Syawal




"Ni hadiah adik bagi akak.

"Eh? Bila pula adik bagi mama suh bagi ani?"

"Hari tu, masa ani kat asrama."

"Ohoho..sweet la adik ni!! Aish, terharu ni"

"Besday adik nanti, bagi la hadiah kat adik juga"

"Haha..insya-Allah"

-------------------------------------------------------------

Adik, alhamdulillah akak tak pernah 
lupa tarikh lahir semua ahli keluarga kita. 
Akak dah rancang dah nak bagi something pada adik. 
SERIUS!! Tapiiii...kebetulan dengan izin Allah, hari jumaat 
bersamaan 24 ogos 2012 tempoh hari, saudara mara 
dari selangor tiba-tiba tepon cakap nak datang beraya. Semua
ahli rumah sibuk kemas-kemas apa yang patut. Sampai la adik cakap.

"akak, ingat tak hari ini hari apa?"

"laaaa..hari Jumaat la..kenapa?"

"tak de pape, saje tanya"

mungkin sebab dah lama akak tak bukak laptop, atau mungkin
sebab dah lama tak tengok kalender, atau mungkin 
sebab kita satu keluarga kepenatan baru sampai rumah 
dari johor semalam pukul 3 pagi. Dan, akak memang tak ingat
hari Jumaat tu adalah tarikh adik dilahirkan. :"(


Sanah Helwah adik!

Moga dirimu sentiasa dalam lindungan Yang Esa,
moga tercapai segala apa yang dicita, moga 
diberi kejayaan & kebahagiaan di dunia dan 
ukhrawi jua, moga diberkati usia yang diberikan-Nya, 
moga menjadi anak yang solehah penyejuk mata penenang jiwa.
Ameeen ya Robbi~


Insya-Allah nanti akak hadiahkan adik something ye?
Adik nak tudung bidang 60 kan?? insya-Allah, akak cuba usahakan. :)




Akak bersyukur kerana dikurnia seorang adik yang penyabar,
dan sentiasa bersabar dengan karenah kakak yang banyak karenah.
*berapa banyak karenah la*  (-,-")




Wednesday, August 15, 2012

Wordless






Saturday, August 11, 2012

Teguran itu....




-------------------------------------------------------------------------------

Tidak pernah ada yang menegur.
Tidak ada yang pernah menghalang.
Kerana mereka tahu tampar bola itu kegemaran ku.

Tapi, satu petang yang suram, 
Allah menghantar dia untuk bersuara.
Allah menghantar dia untuk meluah rasa.
Sungguh tertusuk bicaranya.
Bukan kerana aku tidak suka.
Sangat perit. Sangat sukar.
Tapi ku tahu luahan rasa itu,
kerana dia sayangkan aku.

Terima kasih atas teguran mu.
Sungguh!! Perubahan memerlukan masa.
Tidak boleh terus dipaksa kerana mungkin ia tidak lama.
 

:") 


"The man who decided to change 
on the 12th hour dies on the 11th"
-Contengan Jalanan-



Sunday, August 05, 2012

Ujian tarbiah diri 3 | innallaha ma'ana



Khamis
02-Ogos-2012
14-Ramadhan-1433H

Pertama kali aku dan Hidayah Murni berbuka di Masjid Biru. Tersergam indah di tengah bandar Anggerik itu. Tarikh tersebut juga, pertama kali aku berbuka puasa bersama kakak-kakak tercinta. Naelah Safiyyah dan Nusaibah Amani, nama yang insya-Allah akan kekal di minda ini sampai bila-bila. Mana mungkin ku lupa tarikh itu. Tarikh dimana Allah menguji aku. Sungguh, aku bersyukur dengan ujian diberikanMu. Ia berkait dengan gambar di sebelah ini. Sungguh! Sangat berkait rapat dengan UJIAN DARI ILAHI, buat diri bernama Ruhani.. :") 
Biarlah ceritanya bersemadi di minda. Jalan ceritanya penuh onak berduri, memang benar-benar mengetuk hati yang hampir mati. Allah punya cara tersendiri dalam menguji setiap insani. Alhamdulillah, aku masih merasai ketenangan ketika diri diuji. Aku masih merasai ada harapan untuk menemui si Hitam ku ini. Tegar ku mencari tanpa ku kenal erti berputus asa. Tegar ku melangkah dengan penuh yakin akan tiba pertolongan Yang Esa.
Terima kasih sahabat ku Hidayah Murni, kerna sentiasa menemani disisi tatkala ujian melanda diri. Terima kasih Pak Cik Haji Sultan, yang menemui si Hitam ku di jalanan. Tatkala dikau menutupi pintu masjid itu, tatkala dikau menjalankan tugas dan amanah mu. Moga Allah merahmati kalian. Moga Allah permudahkan segala urusan. Moga Allah memberikan rezki berpanjangan. Cuma Allah yang bisa membalas jasa kalian...  (T^T)


"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

Mereka merancang, Allah juga merancang,
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..
[Ali-Imran:54]







Saturday, August 04, 2012

Entri tiada erti



credit to MyTumblr


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.
Aku kembali di dunia belog ini. 
Setelah sekian lama membawa diri. 
Bukan tidak mahu menulis lagi. 
Cuma tidak tahu ke mana hati ini berlari.
Kadangkala sukar dicari.
Kadangkala rasa dekat sekali.
Biarlah aku di sini bermadah seorang diri.
Kerna fikiran ku berfikir ligat tanpa henti.
Cuma satu hendak ku kongsi,


"Jangan sekali-kali dikau berdusta. Kerna ia membawa kepada murka-Nya. 
Berkata benarlah walau seperit mana. Kerna ia lebih dipandang mulia."
#NoteToSelf









combat position