mungkin video ni dah lama feymes di seantero dunia.. tapi yang pasti, ianya baru dapat dikesan oleh diri ini.. walau apa pon, nak jugak share dengan semua!
"bila nak pegi Jualan Gudang ni aton??" kata seorang sahabat...
"hmm..insya-Allah hari Jumaat, sbb hari sabtu slalukuar dgn family..tp, tengok la mcm ne.. kerana perancangan Allah lebih tepat..(^_^)v " jawab ku...
"Although they plan, Allah also plans..And Allah is the best of planners" surah al-Anfal : 30 ♥
alhamdulillah!!...aku ke Jualan Gudang ini pada hari sabtu.. daaaaan,aku ke situ bersama keluarga ku... ^^, walaupun ke sana untuk pertama kalinya,tapi, syukur ya Allah... kerna Kau telah mempermudahkan segala-galanya...
bukan sahaja mudah untuk mencari tempat yang dituju.. malahan juga, mudah untuk mencari buku yang dicari..
okai..take note! entri ini bukanlah mengenai novel Tautan Hati 2.. kerana kalau tak silap, belum wujud lagi sambungan Tautan Hati.. actually, entri ini adalah sambungan daripada [sini]
bukan sahaja ending novelnya yang sangat menyentuh hati.. malah setiap jalan ceritanya tersangat indah.. syukur alhamdulillah...dapat ku rasakan betapa penulis menjiwai setiap watak dalam Tautan Hati ini..
begitu indah persaudaraan sesama kita umat Islam.. "Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah"
dalam novel ini juga, penulis berjaya menyampaikan betapa indahnya baitul muslim itu.. =)
kepada pembaca novel yang masih belum membaca novel Tautan Hati ni..silalah baca~
notakaki: sapa yang dah baca "Pemilik Hatiku Setelah Allah & Rasul" ??
agak lama juga blog ni menyepikan diri.. alhamdulillah, setelah terbaca satu entri bertajuk 'Berapa kerapkah anda menulis blog?' by BroHamzah agak tersentap diri dibuatnya.. (~_~)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
para blogger mungkin begitu mengambil berat tentang statistik viewer yang datang ke blog mereka.. para peniaga begitu menitik beratkan jumlah keuntungan mereka saban hari.. pembeli saham pula, begitu risau tentang saham mereka.. naik kah?? turun kah?? kerana ia amat bernilai bagi mereka..
pernahkah kita sebagai umat Islam..memandang STATISTIK KEIMANAN sebagai perkara penting dalam kehidupan? tepuk dada, tanyalah iman..Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda,
“Al imanu yazid wa yankus” [Iman itu naik dan turun]
hati kita yang beriman senantiasa akan di bolak-balik oleh Allah sebagai ujian buat kita. Oleh karena itu kita haruslah selalu menjaga iman ini agar tetap ada di hati... =)
"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam)
ayuh sahabat sekalian.. kita kaji semula dimanakah tahap Statistik Keimanan kita di kala ini? notakaki: "Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thoo’atika” wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap dalam dien-Mu dan dalam menta’ati-Mu...ameen~
err..something wrong la dengan blogger.comni.. bagi geng2 blogger yang perasan.. atau sesapa yang tahu punca.. boleh takkongsi..kenapa ada sesetengahblog yang HILANG followers ada yang tak??..
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..)
"buat sahabat-sahabat blogger sekalian.. buat viewer atonisation juga.. buat anda semua pembaca.. dan lebih2 lagi, buat diri ini yang sering alpa.."
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita berhusnuzon (sangka baik) terhadap insan daripada kita bersu'uzon (sangka buruk) yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan ke dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.
--> re-post from [here] because "Sharing is Caring".. =) [credit to my friend's friend! v(^_^)]