Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday, December 27, 2011

Salam Imtihan




Final exam just around the corner!!


sangat cantik jadual exam sem ni..
satu minggu, satu paper..
alhamdulillah! (^_--)v

"kenapa 3 hari je??"
"3 paper je?? mengapakah?!"
sebab hanya 3 subjek yang ada final exam..
yang lagi 3 subjek tiada final!

sekian~ :)


"bittaufiq wannajah fil imtihan ya sohabati"



notakaki:
yang paaaaaaling tak bestnya..
2 hari sebelom 1st paper tu, ade presentation..
=,=" prof!! mengapakah??!!








Monday, December 19, 2011

Pelangi





Aku lihat pelangi dia..
Ku cemburu lalu berkata,
"UNTUNGLAH DIA"
Namun kita sebenarnya lupa..
Hadirnya PELANGI penuh warna..
Selepas hujan melabuhkan tirainya..

:: Tidak ada senang datang menerpa,
sebelum susah melalui jalannya ::


jazakallah kakak~  (^^,)
those words, really inspiring me..



Sunday, December 04, 2011

Experience, Experiment & Expectation



 
Bismillahhirrahmannirrahim~

ok..serios mmg betul2 dah bersawang blog ni..
cuba tengok tarikh sebelom post ni...
dan cuba tengok kalender kat lappy korang smua sekarang..
tak ke begitu jauh bezanya?? (@_@)




TAKE NOTE!!
"sempat mengupdate entri ni bukan bermaksud
penulis sangat lah banyak waktu free di kala ini...
cuma mahu meluangkan masa seketika di sini,
sambil membersihkan segala sesawang yang ada.."





22-10-2011
Modul pelatih bomba semester 2 yakni
Lawatan Kebombaan yang diadakan di Balai Bomba
Gombak Selatan...alhamdulillah, sangat2 best!!
TAHNIAH ketua program (KRK Safwa)..
dan tahniah kepada semua komander yang terlibat~




 20-11-2011
merupakan hari persandingan salah 
seorang sahabat dan tarikh itu juga, dengan izin-Nya
telah mempertemukan kami semua setelah sekian lamanya..
alhamdulillah ya Robbi~




 26-11-2011
alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan diharungi..
akhirnya, Allah mengizinkan kami menyempurnakan
modul pelatih bomba semester 3 iaitu [OPKIM]
"Operasi Khdmat Masyarakat"...
pengalaman yang sungguh bermakna bagi kami!!
Tahniah kepada penasihat program
KRK Farahana~  :)



 

  27-11-2011
 Pertandingan Kawad Kaki (PERKAD)
yang dijalankan di Padang Kawad UiTM Shah Alam..
alhamdulillah kerana pasukan kami mendapat
tempat ke-4 bagi keseluruhan..sungguh tidak disangka!
walau apa pun, TAHNIAH bagi anda skuad PERKAD,
kerana anda menang dihati kami!!.. ;)
[err, tu gambar PERKAD last year..nanti, insya-Allah
penulis akan update dengan gambar yg baru..hehe]





28-11-2011
Kadet Bomba UiTM Shah Alam telah menghantar
1 pasukan untuk menyertai Malaysia Books of Records
Debat Bahasa Melayu 222 Jam Tanpa Henti dengan tajuknya
"Ilmu Kebombaan Wajar Didedahkan Kepada Orang Awam"..
[mohon mencelah Tuan Yang Di Pertua! (^_--)v]


err..ok HABES!!
insya-Allah, jika berkesempatan nanti...
akan ku sambung lagi...





salam'alaik~
(^___^)v







Friday, November 11, 2011

11.11.11






بسم الله الر حمن الرحيم


salam'alaikum ya akhi wa ukhti~

untuk tahun ni je, ade 2 kali tarikh yang
berkemungkinan ramai hamba-Allah ingin menjadikan
tarikh ini tarikh bersejarah dalam hidup mereka..
  1.1.11 dan 11.11.11


Universiti Teknologi MARA 
juga tidak mahu terlepas peluang,
dengan itu, pihak UiTM telah mengadakan satu 
program demi menaikkan nama UiTM..



  
Program Pendakian 30 Puncak Gunung serentak
oleh pelajar-pelajar UiTM dan komuniti..

program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar 
dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UiTM..



untuk lebih jelas, klik pada gambar :)



notakaki buat semua:

Peserta 11111 30 Puncak 1 UiTM 1 Malaysia..
Komander Kesatria UiTM Shah Alam..
wakil Kompeni Bomba [Farah & Helmi]..

 "insya-Allah semoga selamat pergi dan selamat kembali.. 
berhati-hatilah ketika mendaki..  
doa kami sentiasa mengiringi anda semua.. 
ameen (^^,)"






Wednesday, November 09, 2011

Be strong!! :)




"ya Allah!! kuatkanlah hatiku..
ya Robbi!! kuatkanlah jiwa ku..

ya Rahman!! kuatkanlah diri ku
dalam menempuh segala ujian-Mu.."



SOOOO TRUE!!
memang senang orang lain duk habaq mai..

.."Sabaq la"..
..."Be Positive"...
.."Anggaplah itu satu ujian"..

tapi depa tak rasa apa yang kita rasa..
depa tak ada dalam kasut kita..
depa bukan kat situasi kita..

hanya Allah dan kita ja tahu apa yang kita alami..
tapi, cuba kita analisis kata-kata kat bawah ni~~~



bertimpa-timpa ujian Allah beri pada kita..
bukan tanda Allah saja nak susahkan kita..
tapi, itu tanda Allah teramat-amat sayangkan kita..
supaya kita sentiasa sedar dari terlena..
sentiasa bangkit setelah terjatuh..


:)


"Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[surah al-Baqarah, ayat 286]



sebagai peringatan diri dan
sahabat2 blogger~




notakaki:
entri kali ni tiada
kaitan pon dengan penulis..
cuma sebentar tadi,
Allah mengerakkan hati dan
memberikan ilham untuk mengupdate blog yang kian suram..





Saturday, November 05, 2011

monolog hati




Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata orang Mukmin
Bermula 'Bismillah' disudahi 'Amin'


Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun berduka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka


Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa


Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia kan lupa
Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati


(gen-Q, 2011)




notakaki:

suddenly rasa nak kongsi kata-kata
yang dikarang oleh Ahmad Fedtri Yahya ni..
best kn..kn?? (^^,) tu baru sebahagian daripada gen-Q ni..
nak lagi yang lain? korang belilah..insya-Allah, korang pun akan 
fall in love with this book..

jazakallah kak nurul for this book
 


 :)







Saturday, October 29, 2011

Ekspo Buku Islam



bimillahirrahmannirrahim~

sedikit perkongsian untuk semua
peminat buku2 islamik..


JOM!! 
kita memeriahkan lagi
"EKSPO BUKU ISLAM 2011"

Ekspo ini akan berlangsung selama 7 hari
bermula pada 26 OKT hingga 1 NOV..

Bertempat di Tingkat 2, KL Sentral..
[berhadapan main lobby KL Sentral]


notakaki:

"Sebarkan Cinta-Mu" hasil nukilan ukhti Fatimah Syarha
adalah bahan ilmiah pilihan hati kak nad!! (^^,)


beberapa buah buku yang menjadi pilihan ku~


alhamdulillah..
diri ini telah diizinkan-Nya ke sana pada
26 OKT tempoh hari bersama @siskahaidan..

:)




Sunday, October 09, 2011

Kami Sibuk





Ya Allah..

Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau lupakan kami tentang di sana..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau tarik kami ke neraka..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau buat kami terus leka..
Andai kami sibuk di sini..
Jangan Kau biarkan kami menderita..

Kami sibuk Ya Allah..
Kami sibuk..
Kami tidak punya masa..
Kami hanya guna sepenuhnya..

Ya Allah.. Kami sibuk..

Kami sibuk bukan terpaksa..
Kami rela keranaMu..

Kami sibuk berdamping dengan sahabat..
Walau mereka bukan kalangan yang hebat..
Tidak pula punya kelebihan atau bakat..
Tetapi mereka sibuk mencari BERKAT..

Ya Allah.. DugaanMu silih berganti..
Kau beri kami penglihatan..
Kau uji dengan pandangan..

Ya Allah..
Nikmat itu kami syukur..
Namun kami harus akur..
Tidak Kau beri itu tanpa diukur..
Tidak Kau biar kami jatuh tersungkur..

Kami sibuk Ya Allah..
Mencari hikmah setiap kejadian..
Merangkul nikmat setiap pemberian..
Menunggu rahmatMu penuh penghargaan..
Hingga saat terakhirku di sini Tuhan..

Ya Allah..
Redhalah kesibukanku ini..
Agar kami tidak punya masa melangkaui batasan waktu..
Sibuk mencari kesilapan yang lain..
Sibuk mencanang keburukan yang lain..

Biarkan kami sibuk..
Biarkan kami tidak punya masa..
Dalam menghayati perkara sia-sia..
Biarkan kami sibuk...


original source from [Aku Sibuk]  
(^__^)v  jazakallah siskahaidan~



notakakibuatdiri:

Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Apabila engkau berada pada waktu petang, maka jangan menunggu waktu pagi, 
dan  apabila engkau berada pada waktu pagi, maka jangan menunggu waktu petang..
Gunakan waktu sihatmu sebelum sakit, dan hidupmu sebelum mati."

@riwayat al-Bukhari







Sunday, September 25, 2011

syafakillah~




salam'alaik ya akhi wa ukhti~

sejak dua menjak ni,
ramai pula yang kurang sehat..

mungkin kerana cuaca yang kini tidak menentu..
atau mungkin kerana masing2 pening memikirkan hal FYP..
[untuk mereka yang seangkatan dengan saya v(^____^)]

"semoga Allah mencabut kesakitan kita semua
bersama dosa-dosa kita yang lalu..ameen"



Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma
dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:



مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ


Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit,
atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya
melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

credit to iluvislam.com




notakaki:


currently fall in love with this book~

try to search, buy & read it...
really!! it was awesome!!




Wednesday, September 21, 2011

alhamdulillah








alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan oleh-Nya..
alhamdulillah, aku masih bernafas dalam jiwa hamba..
alhamdulillah, aku masih berdiri di sini melalui setiap ujian-Nya..
ALHAMDULILLAH~~


notakaki:

alhamdulillah~
dalam kesibukkan ku menempuh semester baru,
masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk merasai
kenangan manis yang insya-Allah tidak akan aku lupakan..


-sebelum bertolak ke open house kak hemilda di Setiawangsa-




-kami menyertai perberisan hari Malaysia & Kemerdekaan
di Dataran Merdeka pada 16 September 2011 lalu-








Thursday, September 08, 2011

no titile


credit to this and this
..editted by me..


special thanks to


jazakallah ya ukhti..





Monday, September 05, 2011

ujian tarbiah diri 2 | innallaha ma'ana







FANZURUU...
[maka lihatlah]

Mata ini yang menafsir jutaan peristiwa,
merakam duka dan suka,

mata adalah jendela hati,
yang membentuk peribadi,

kerana mata,
hati ini terpaut kepada hidayahMu,

kerana mata juga,
ramai yg terleka..

buta mata tidak nampak dunia,
buta mata hati tak kebenarannya..

[credit to fanzuruu.blogspot.com]


-----------------------------------------------------


31 Ogos 2011 a.k.a 2 Syawal 1432
satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku antara 
wira aerobik dan wira di simpang jalan Kayu Ara Pasong, Johor...
sehingga menyebabkan kereta yang dilanggar berpusing 180 darjah...
syukur alhamdulillah kerana semua orang terselamat 
dan tiada kecederaan berlaku...

aku yang sedang memandu dari arah Ayer Baloi ke Pontian Kechil
secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan merempuh wira yang
bertentangan arah itu... (+_+)


setelah kami membuat laporan polis di Balai Polis Pontian Kechil,
ada lagi sekumpulan orang yang datang untuk membuat laporan
kemalangan...dan secara kebetulan, berlaku di tempat yang 
sama kami kemalangan..


"ya Allah! dah 4 laporan kemalangan dibuat pada
tempat kejadian yang sama dalam 1 hari ini"
..kata polis tersebut..

walau apapun, kami teramat bersyukur kerana tiada apa-apa

kecederaan dan semuanya telah selamat..



a) kereta yang ku pandu hampir merempuh kedai makan
yang penuh dengan pelanggan..alhamdulillah!! 
tiada kemalangan jiwa berlaku..

b) kereta itu juga sangat-sangat hampir
merempuh tiang TNB..
syukur ya Robbi!!

ku tahu ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini..
Sungguh!! Allah itu Maha Kuasa atas segalanya..
syukur Alhamdulillah~~~




 notakakibuatdiri:



ini bukanlah sambungan entri sebelum ini..
tapi, ku bertinta di sini agar sentiasa mengingatkan
diri yang sering alpha.. --_--











combat position