Saturday, November 05, 2011

monolog hati




Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata orang Mukmin
Bermula 'Bismillah' disudahi 'Amin'


Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun berduka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka


Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa


Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia kan lupa
Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati


(gen-Q, 2011)




notakaki:

suddenly rasa nak kongsi kata-kata
yang dikarang oleh Ahmad Fedtri Yahya ni..
best kn..kn?? (^^,) tu baru sebahagian daripada gen-Q ni..
nak lagi yang lain? korang belilah..insya-Allah, korang pun akan 
fall in love with this book..

jazakallah kak nurul for this book
 


 :)







4 comments:

..بنت يوسف.. said...

mula2 baca : wahhh!! hebat la aton..puisi best..

tgh2 baca : eh! eh! mcm kenal jer..

hbs baca : patutla...he.he.he..

time kasih aton...

AdiLaH said...

comella gambar atas sekali tue..

aton said...

@..بنت يوسف..

haha..ngade la kak nurul!!!
org belum asah bakat wat kata2 best macam kak nurul dgn kak nad lagi..insya-Allah, i'll follow both of u.. (^__^)v

aton said...

@AdiLaH

kamu punye blog banyak betul gambaq2 comel!!! (^___^)



combat position