Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday, August 05, 2012

Ujian tarbiah diri 3 | innallaha ma'ana



Khamis
02-Ogos-2012
14-Ramadhan-1433H

Pertama kali aku dan Hidayah Murni berbuka di Masjid Biru. Tersergam indah di tengah bandar Anggerik itu. Tarikh tersebut juga, pertama kali aku berbuka puasa bersama kakak-kakak tercinta. Naelah Safiyyah dan Nusaibah Amani, nama yang insya-Allah akan kekal di minda ini sampai bila-bila. Mana mungkin ku lupa tarikh itu. Tarikh dimana Allah menguji aku. Sungguh, aku bersyukur dengan ujian diberikanMu. Ia berkait dengan gambar di sebelah ini. Sungguh! Sangat berkait rapat dengan UJIAN DARI ILAHI, buat diri bernama Ruhani.. :") 
Biarlah ceritanya bersemadi di minda. Jalan ceritanya penuh onak berduri, memang benar-benar mengetuk hati yang hampir mati. Allah punya cara tersendiri dalam menguji setiap insani. Alhamdulillah, aku masih merasai ketenangan ketika diri diuji. Aku masih merasai ada harapan untuk menemui si Hitam ku ini. Tegar ku mencari tanpa ku kenal erti berputus asa. Tegar ku melangkah dengan penuh yakin akan tiba pertolongan Yang Esa.
Terima kasih sahabat ku Hidayah Murni, kerna sentiasa menemani disisi tatkala ujian melanda diri. Terima kasih Pak Cik Haji Sultan, yang menemui si Hitam ku di jalanan. Tatkala dikau menutupi pintu masjid itu, tatkala dikau menjalankan tugas dan amanah mu. Moga Allah merahmati kalian. Moga Allah permudahkan segala urusan. Moga Allah memberikan rezki berpanjangan. Cuma Allah yang bisa membalas jasa kalian...  (T^T)


"Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin

Mereka merancang, Allah juga merancang,
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang..
[Ali-Imran:54]







Saturday, August 04, 2012

Entri tiada erti



credit to MyTumblr


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.
Aku kembali di dunia belog ini. 
Setelah sekian lama membawa diri. 
Bukan tidak mahu menulis lagi. 
Cuma tidak tahu ke mana hati ini berlari.
Kadangkala sukar dicari.
Kadangkala rasa dekat sekali.
Biarlah aku di sini bermadah seorang diri.
Kerna fikiran ku berfikir ligat tanpa henti.
Cuma satu hendak ku kongsi,


"Jangan sekali-kali dikau berdusta. Kerna ia membawa kepada murka-Nya. 
Berkata benarlah walau seperit mana. Kerna ia lebih dipandang mulia."
#NoteToSelf









combat position