Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, September 05, 2011

ujian tarbiah diri 2 | innallaha ma'ana







FANZURUU...
[maka lihatlah]

Mata ini yang menafsir jutaan peristiwa,
merakam duka dan suka,

mata adalah jendela hati,
yang membentuk peribadi,

kerana mata,
hati ini terpaut kepada hidayahMu,

kerana mata juga,
ramai yg terleka..

buta mata tidak nampak dunia,
buta mata hati tak kebenarannya..

[credit to fanzuruu.blogspot.com]


-----------------------------------------------------


31 Ogos 2011 a.k.a 2 Syawal 1432
satu kemalangan yang dahsyat telah berlaku antara 
wira aerobik dan wira di simpang jalan Kayu Ara Pasong, Johor...
sehingga menyebabkan kereta yang dilanggar berpusing 180 darjah...
syukur alhamdulillah kerana semua orang terselamat 
dan tiada kecederaan berlaku...

aku yang sedang memandu dari arah Ayer Baloi ke Pontian Kechil
secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan merempuh wira yang
bertentangan arah itu... (+_+)


setelah kami membuat laporan polis di Balai Polis Pontian Kechil,
ada lagi sekumpulan orang yang datang untuk membuat laporan
kemalangan...dan secara kebetulan, berlaku di tempat yang 
sama kami kemalangan..


"ya Allah! dah 4 laporan kemalangan dibuat pada
tempat kejadian yang sama dalam 1 hari ini"
..kata polis tersebut..

walau apapun, kami teramat bersyukur kerana tiada apa-apa

kecederaan dan semuanya telah selamat..



a) kereta yang ku pandu hampir merempuh kedai makan
yang penuh dengan pelanggan..alhamdulillah!! 
tiada kemalangan jiwa berlaku..

b) kereta itu juga sangat-sangat hampir
merempuh tiang TNB..
syukur ya Robbi!!

ku tahu ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian ini..
Sungguh!! Allah itu Maha Kuasa atas segalanya..
syukur Alhamdulillah~~~




 notakakibuatdiri:



ini bukanlah sambungan entri sebelum ini..
tapi, ku bertinta di sini agar sentiasa mengingatkan
diri yang sering alpha.. --_--









4 comments:

Anonymous said...

sabaq. sabaq.

aton said...

(^^_) alhamdulillah...
masih dipinjamkan nyawa oleh Yang Esa...

SHaRKFiQ SSM said...

Alhamdulillah.. semua selamat~

aton said...

@SHaRKFiQ SSM

yup...syukur alhamdulillah~



combat position